Sunday, August 16, 2015

Tahun 2015 membawa 100 makna

breath in.....breath out..... 
 Okeyh....

Actually hampir setahun aku tinggalkan dunia blog ni...
bukan apa...
mungkin sebab kekangan masa yang membuatkan aku tidak ada masa utk karang semua ni...

SEKARANG...
Alihkan FOKUS anda kepada tajuk...
"tahun 2015 membawa 100 makna"

Apa yang aneh pada tajuk tu...HEHE!

~kenapa 100 makna bukan 1000 makna?

Sebenarnya, 100 makna tu dah cukup banyak bagi aku....

Pada November 2014,
aku telah mengikat tali pertunangan dengan Mohammad Hafefzul...
dan tahun 2015 ini aku memegang gelaran sebagai tunangan orang....

Kami bermula dengan hubungan persahabatan....

Aku langsung tidak menyangka seorang lelaki yang bagi aku amat sempurna 
memilih aku sebagai sebahagian dari kehidupannya....

Memang kata orang tua...
"Pertunangan" itu bukanlah satu ticket menghalalkan segala perbuatan...

Sepanjang menjadi tunangan orang...
Aku terpaksa menempuh perbagai dugaan....

Benar kata orang,
"darah manis" banyak dugaannya....

Aku tidak pernah putus berdoa agar hubungan ini akan berakhir dengan pernikahan yang sah...

Pasangan mana yang tidak mahukan sebuah hubungan yang halal....

Aku tidak mahu mensiakan hubungan selama hampir 5 tahun ini berakhir begitu sahaja....

Sepanjang tempoh pertunangan ini,
terlalu banyak pelajaran yang harus aku dan dia pelajari...

Kami harus belajar erti bertolak ansur, memahami, kejujuran, kepercayaan dan kesabaran...

~Semoga kami sentiasa kuat dalam mempelajari liku liku kehidupan yang bakal menanti....

Pesanan buat diriku dan rakan-rakan....

"Mengalah tidak bermakna anda kalah...
mengalah bermakna anda tidak mahu meneruskan perbalahan 
dan menyayangi hubungan yang sedia ada..."

Dalam perhubungan juga...
tiada istilah menang atau kalah...
kerana teguhnya satu perhubungan itu membuktikan betapa kuatnya pasangan tersebut dalam 
menongkah badai....

Allah memberikan kita akal fikiran utk berfikir...
Jika ada yang tidak baik dalam sesebuah perhubungan itu...
keburukan itu datangnya dari diri kita sendiri....
Jadi,
ubahlah...sebelum semuanya terlambat...

Berserah kepada Allah...
Mudah-mudahan segala urusan dan perancangan kita dipermudahkan oleh Allah S.W.T....


No comments:

Post a Comment